Selasa, 27 Januari 2009

cuti yang tak cuti.

Salam,
hari ni aku start kerja selepas 4 hari bercuti. nak kata cuti ke tidak ha?

1. hari Sabtu pegi KL (dari Sungai Petani) kerana nak menyaksikan pertunangan anak saudara. rupanya bukan nak bertunang, cuma datang merisik (bertanya) . Penat juga rasaya. bukan penat kerana jauh perjalanan tu, tapi rasa penat sebab lain yang kita rancang lain pulak yang jadi. di SP bukan main exited lagi hadiri majlis pertunangan, sampai je kat KL cuma majlis merisik... kwang 3x.
2. Hari Ahad - kenduri yang saya kena jemput ada 3. Tuan rumah semua nya baik baik belaka, terpaksa pegi. bila makan, tau tahu je la... lauk pauk sedap2, melantak tak ingat dunia, perut dah jadi macam badak air. buncit sangat sangat. seluar semua nya ketat. lepas makan kenduri, rasa badan mula tak sihat (sampai hari ini).
3. Hari Isnin (GongXiFaCai) ada 1 lagi kenduri, tapi jauh sikit dari umah saya, iaitu kat Penang. makan lagiii... tapi lauknya bessstttt sangat. yang aku paling suka - Rendang TOK. menitis aiulio aku la. bila drive nak balik, rasa ngantukkk je maklumlah makan nasi. siapa disini yang tak ngantuk kalau makan tengahari? wa tabik spring toing3x ngan tuan.
4. Selasa - dah ada syarikat Direct Selling pulak buat demo kat umah jiran. so bila dikatakan jiran, kena la sama sama meraikan majlis depa kan? so kitorang pun pegilah untuk habiskan bihun diaorang. aku yang ada sikit sikit penyakit ni sedapp je dia kenakan. padahal aku ambil ubat di farmasi tempat dia kerja. dia kata aku makan ubat yang tak bagus dsb. tapi akhirnya aku cakap la yang aku makan ubat yang ambil dari farmasi dia kerja, tekedu la jugak orang tu.

so hari yang sepatutnya bercuti, au tak la cutu dalam ertikata sebenar. so hari ni aku ngantuuuk sangat sebab letih.

bye dan salam untuk semua dan sejahtera untuk Palestin.

Asid - penawar

Ahad, 25 Januari 2009

gambar menarik

salam,

sesiapa yang ada gambar menarik seperti permandangan, gambar rumah rumah yang canteeekk, gambar rama rama, burung burung, alam semulajadi daan sebagainya, sila la uploadkan disini. sure ramai kawan kawan yang berduka

Khamis, 22 Januari 2009

nasyid

Salam,
Suka dengar lagu nasyid? kalau ada diantara anda yang simpan lagu lagu nasyid bestttt punyer sila lah paparkan senikata lagu tu dalam blog ni. at least boleh lah kita samasama menyanyikan bersama sama. lagu lagu nasyid ni sebenarnya mempunyai aura tersendiri untuk melepaskan kita dari tension. saya suka lagu lagu dari kumpulan SNADA. Kumpulan ni dari Indonesia. Dulu masa mula2 dengar saya ingat penyanyi Malaysia. tapi tak kisah lah kan? kita kan serumpun. lagi pulak, kumpulan ni bagi saya bermutu tinggi dari segi suara dan susunan muziknya.

Saya nak buka Blog saya ini kepada sesiapa yang ada masalah. boleh lah paparkan disini. Insyaallah sesiapa saja yang boleh selesaikan masalah anda, kita minta derang cuba selesaikan. kalau nak selesaikan dengan lagu lagu nasyid pun boleh, kalau kita dah ada koleksi lagu lagu nasyidnya.

Acid.

Rabu, 21 Januari 2009

apa apa aje

Salam,
kepada sesiapa yang ada gambar permandangan ke, gambar lucu ke, gambar family uol ke, silakan la masukkan kedalam blog saya ni. saya nak, bila kawan kawan kita yang baca blog ni rasa happy dan lupakan masalah derang. Sudi sudikan lah ye... walau bagaimana pun, saya tak mahu uol letak gambar tak senonoh. ini bukan nasihat tapi amaran. bukan nye apa, kalau boleh saya nak blog ni dibaca oleh semua orang termasuk makcik makcik dan adik adik sekolah.

kalau uol ada pengetahuan dalam bidang apa apa pun, silakan lah join. catat kan apa aje yang boleh membantu adik adik dalam menghadapi UPSR, PMR, SPM, STPM. dan kalau uol ada resepi, boleh jugak membantu makcik makcik yang kebuntuan "nak masak apa hari ini ya?"... haaa tu yang best. kalau boleh bioler resepi yang ringkas tetapi berkhasiat.

lagi satu, boleh lah jugak uol nak letak info info tentang kekejaman Israel, apa yang patut kita buat untuk membantu saudara kita sesama Islam yang di aniaya.

sekian.

Acid

penawar duka

Assalamualaikum...
Saya ingin mulakan blog saya dengan mengingat kan sesiapa yang hingin join, dibenarkan. tetapi mestilah mengikut tatasusila masyarakat Malaysia. saya tak nak lah uol mencarut, maki hamun, berpolitik berat sebelah, lucah yang keterlaluan (kategori 18sx) dan sebagainya. Sebaiknya saya mahu uol berikan nasihat kepada sesiapa yang inginkan nasihat. kalau sesiapa yang dapat meringankan beban pengunjung, itu lah yang saya sangat harapkan.

saya tahu, sekarang ni zaman kegawatan yang sangat teruk. Sudah tentu ramai kawan kawan kita diluar sana menghadapi tekanan dan bebanan yang sangat teruk. Mereka ini sangat sangat perlukan bantuan uol, bantuan uol diharapkan.

Disamping itu, kita boleh juga memberi idea kepada kawan kawan diluar sana bagaimana nak mulakan biz yang boleh menguntungkan. Biz yang saya maksudkan ialah biz biasa biasa aje. kalau nak ajak buat MLM pun ok tapi tak nak tipu tipu dengan MLM yang menawarkan jutaan ringgit tetapi kita saja yang dapat jutaan ringgit tu, taknak la ye. jangan la minta derang masukkan duit ke akaun anda lepas tu uol buat tak peduli je kat derang. boleh jadi gila tau.

banyak dah kes yang semacam ni berlaku. ada yang naik pokok pegang ranting ranting kayu macam stereng keter... akhirnya jatuh dan meninggal....inallillahhh... sian derang tau. kalau nak biz, buat sampai semua orang melayu jadi kaya raya. tak baik aniaya sebangsa tau.

akhir sekali untuk catatan ini, saya mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru kepada semua rakyat Malaysia dan gunakan Blog ini dengan sebaik baik manafaat.

wassallam,

Acid