Selasa, 27 Januari 2009

cuti yang tak cuti.

Salam,
hari ni aku start kerja selepas 4 hari bercuti. nak kata cuti ke tidak ha?

1. hari Sabtu pegi KL (dari Sungai Petani) kerana nak menyaksikan pertunangan anak saudara. rupanya bukan nak bertunang, cuma datang merisik (bertanya) . Penat juga rasaya. bukan penat kerana jauh perjalanan tu, tapi rasa penat sebab lain yang kita rancang lain pulak yang jadi. di SP bukan main exited lagi hadiri majlis pertunangan, sampai je kat KL cuma majlis merisik... kwang 3x.
2. Hari Ahad - kenduri yang saya kena jemput ada 3. Tuan rumah semua nya baik baik belaka, terpaksa pegi. bila makan, tau tahu je la... lauk pauk sedap2, melantak tak ingat dunia, perut dah jadi macam badak air. buncit sangat sangat. seluar semua nya ketat. lepas makan kenduri, rasa badan mula tak sihat (sampai hari ini).
3. Hari Isnin (GongXiFaCai) ada 1 lagi kenduri, tapi jauh sikit dari umah saya, iaitu kat Penang. makan lagiii... tapi lauknya bessstttt sangat. yang aku paling suka - Rendang TOK. menitis aiulio aku la. bila drive nak balik, rasa ngantukkk je maklumlah makan nasi. siapa disini yang tak ngantuk kalau makan tengahari? wa tabik spring toing3x ngan tuan.
4. Selasa - dah ada syarikat Direct Selling pulak buat demo kat umah jiran. so bila dikatakan jiran, kena la sama sama meraikan majlis depa kan? so kitorang pun pegilah untuk habiskan bihun diaorang. aku yang ada sikit sikit penyakit ni sedapp je dia kenakan. padahal aku ambil ubat di farmasi tempat dia kerja. dia kata aku makan ubat yang tak bagus dsb. tapi akhirnya aku cakap la yang aku makan ubat yang ambil dari farmasi dia kerja, tekedu la jugak orang tu.

so hari yang sepatutnya bercuti, au tak la cutu dalam ertikata sebenar. so hari ni aku ngantuuuk sangat sebab letih.

bye dan salam untuk semua dan sejahtera untuk Palestin.

Asid - penawar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan