Jumaat, 6 Februari 2009

RUKUNEGARA

Salam,
aku terpanggil untuk menaip semula Rukunegara yang sudah hampir 30 tahun aku tak lafazkan.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN.

sedih jugak kini bila tengok Raja kita dipermainkan. tak kisah lah raja negeri mana. pelik bin ajaib kalau takde sorang pun yang tampil membela Raja kita yang dihina dan cuba dimalukan. malah ada yang sanggup tidur depan keter yang bawa raja nak pi istana. Raja cuba diheret dimahkamah. Mujurlah Raja yang dihina ini tidak ambil tindakan, tidakmenggunakan kedaulatan yang mereka ada, menunjukkan kemurkaan baginda. aku rasa kalau lah perkara ni berlaku di selatan, sudah tentu, dah tak boleh masuk negeri baginda ni ha. kalau la aku ni raja, dah tentu aku tak benarkan jugak makhluk perosak tu masuk negeri aku. mujurlah aku bukan anak raja.

tanpa kusedari airmata ku meleleh dipipi bila dua beranak tu buat press conference yang mereka bersedia nak mengheret baginda dan mb baru satu negeri diutara tu ke muka pengadilan.

cuma aku nak tanya, kenapa kalau orang jatuh kita ketawa, sedangkan kalau kita jatuh, kita nak pukul orang yang tak sengaja tertengok kita jatuh, termasuk bapak orang tu sekali tertempias...

asid / acid tu orang yang sama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan