Ahad, 31 Mei 2009

Melayu selamanyakah?

Cakap pasal Melayu ni, kadang kadang nak tergelakpun ada, sedih pun ada mual pun ada. aku akui aku adalah Melayu tulin( bukan orang Asli macam Senoi, Sakai, Jakun dll). yang aku nak perkatakan disini, bahawa aku dilahirkan diMalaysia dari perut ibuku seorang Melayu dan benih bapaku seorang Melayu jugak, so aku pun Melayu lah kan?

Orang Melayu sensitip sangat kalau dengan "babi". tetapi ada orang Melayu yang tak heran dengan judi, arak, zina, maksiat kenapa? kalau kita baca dalam s/k harian, kalau kisah roqol(rogol dengar cam sedap jer), saper? judi saper? zina, saper? semua tu orang melayu yang teratas. masuk lokap sebab curi h/p saper? curi kabel telefon saper? curi selipar kat masjid saper? ishhhh pening kepalo den ni ha memikiau.

Adakah Melayu selamanya akan jadi cam tu? Sian la kat Mak Bapa dan nenek moyang kita yang suh kita belajar dari kesalahan mereka yang lalu. kesalahan demi kesalahan yang meker buat dulu, kita jgn buat dah.

Adakah kita akan mbawa masuk Chin Peng masuk semula ke Malaysia? jom kita merenung dan tengok ChinPeng ni dah buat apa kepada nenek moyang kita.

Pikir pikirkan lah.

Jumaat, 15 Mei 2009

melayu lagi

Salam,
penawar nak bicara tentang melayu lagi la, sebab penawar pun rasa rasanya keturunan Melayu. yaaa penawar memang melayu walau pun berdarah campuran siam+jawa+filipina+ bangladesh+papuanewguinea+afrika(tang rambut). kalau nak fikirkan, memang banyak benda yang kita boleh bincangkan tentang Melayu ni. Melayu cepat melatah, Melayu susah nak berubah, melayu mudah lupa, melayukacang lupakan kulit, melayu hilang arah, melayu semua boleh dan macam macam lagi lah melayu ni. kita mudah lupa asal usul. mudah lupa tangan siapa yang menyuap makanan kemulut kita, kita mudah lupa kalau selit pensil di celah telinga dan macam macam lagi. Pemimpin kita mungkin juga lupa yang kita ni dalam sengsara.

bagi penawar kawan kawan kita pun ada macam macam. ada yang boleh dibuat kawan ada juga yang jahat macam firaun(tokwan penawar selalu cakap macam tu). kawan yang penawar maksudkan ialah kawan dari bangsa lain macam india dan cina. mereka ini ada yang baik dan ada yang tidak baik.

tidakkah kita terfikir, untuk mencairkan cat, kita perlukan thinner? begitu juga untuk mencairkan melayu, mereka akan gunakan melayu. Jom kita berfikir!!! jumpa lagi

acid