Jumaat, 15 Mei 2009

melayu lagi

Salam,
penawar nak bicara tentang melayu lagi la, sebab penawar pun rasa rasanya keturunan Melayu. yaaa penawar memang melayu walau pun berdarah campuran siam+jawa+filipina+ bangladesh+papuanewguinea+afrika(tang rambut). kalau nak fikirkan, memang banyak benda yang kita boleh bincangkan tentang Melayu ni. Melayu cepat melatah, Melayu susah nak berubah, melayu mudah lupa, melayukacang lupakan kulit, melayu hilang arah, melayu semua boleh dan macam macam lagi lah melayu ni. kita mudah lupa asal usul. mudah lupa tangan siapa yang menyuap makanan kemulut kita, kita mudah lupa kalau selit pensil di celah telinga dan macam macam lagi. Pemimpin kita mungkin juga lupa yang kita ni dalam sengsara.

bagi penawar kawan kawan kita pun ada macam macam. ada yang boleh dibuat kawan ada juga yang jahat macam firaun(tokwan penawar selalu cakap macam tu). kawan yang penawar maksudkan ialah kawan dari bangsa lain macam india dan cina. mereka ini ada yang baik dan ada yang tidak baik.

tidakkah kita terfikir, untuk mencairkan cat, kita perlukan thinner? begitu juga untuk mencairkan melayu, mereka akan gunakan melayu. Jom kita berfikir!!! jumpa lagi

acid

Tiada ulasan:

Catat Ulasan